Sipro Plastic & MPHS Kukuh Komitmen ESG Melalui Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Plogging Alor Lempah
KUALA KUBU BHARU, 20 September 2025- Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Plogging Alor Lempah telah dianjurkan oleh Sipro Plastic Industries bertemakan “In Pursuit of Sustainability” dengan kerjasama Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA MPHS yang dijalankan di sekitar Sungai Alor Lempah telah berjaya mengumpul sebanyak 98.7 kilogram sisa.
Secara keseluruhan, sebanyak 54.4 kilogram sisa kitar semula berjaya dikutip merangkumi sisa plastik, kaca, kertas dan besi manakala bakinya adalah 44.3 kilogram adalah besi, lampin bayi, fabrik, polisterin dan lain-lain. Kesemua sisa ini dikumpulkan oleh setiap pasukan, ditimbang serta direkodkan sebagai sebahagian usaha memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di kawasan berkenaan.
Program turut diserikan dengan perkongsian ilmu oleh Encik Muhamad Ismail bin Gulam Rasul, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Bahagian KesKom, yang menyampaikan ceramah mengenai kesan penghasilan sampah terhadap peningkatan suhu bumi. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Sipro Plastic, Datuk Noraini Soltan, sebagai tanda sokongan terhadap usaha kelestarian alam sekitar di Hulu Selangor.
Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda kelestarian alam sekitar, malah selari dengan komitmen Environmental, Social & Governance (ESG) yang menekankan pemeliharaan alam, kesejahteraan komuniti serta tadbir urus yang baik. Diharapkan inisiatif ini akan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula bagi mengurangkan sampah yang dilupuskan serta menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar serta memupuk tanggungjawab bersama dalam melestarikan alam sekitar sekali gus menjadikan Hulu Selangor sebuah daerah yang bersih, sejahtera dan mampan untuk generasi masa hadapan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor