15 Jun 2025, Bukit Sentosa
Tugasan pemantauan Pasar Pagi Bukit Sentosa oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan dilaksanakan secara berkala setiap hari Sabtu dan Ahad. Pemantauan ini bertujuan memastikan para penjaja di tapak pasar mematuhi segala peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin turut turun padang menyantuni para penjaja serta melawat kawasan sekitar tapak Pasar Pagi. Beliau bersama-sama pihak penguat kuasa memantau aktiviti perniagaan dan meneliti tahap pematuhan penjaja terhadap syarat yang telah ditetapkan.
Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan meninjau keadaan persekitaran dan mendengar sendiri pandangan serta cadangan daripada para penjaja berkenaan usaha penambahbaikan kawasan pasar. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penjaja serta penduduk setempat dalam menjaga kebersihan tapak Pasar Pagi amat dihargai dan disanjung tinggi.
#HuluSelangorBandarRendahKabon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor