UPSI Laksanakan Program “Kami Sahabat Sungai 4.0 – Sungai Kita, Tanggungjawab Kita” Inisiatif G-KoM 5.0 MPHS


Kalumpang, 17 November 2026 – Universiti Pendidikan Sultan Idris mengambil inisiatif bersama rakan strategik memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui pelaksanaan Program “Kami Sahabat Sungai 4.0 – Sungai Kita, Tanggungjawab Kita”, di bawah Geran Khas Komuniti Mampan (G-KoM) 5.0 MPHS Tahun 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kalumpang.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS. Turut hadir pada majlis tersebut YBrs. Tuan Abdul Mun’im bin Roslin, Ketua Whip merangkap Ahli Majlis Zon 5, YBhg. Profesor Madya Dr. Mohamed Nor Azhari bin Azman Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI, YBrs. Cik Suziana binti Kamaruddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Kalumpang, YBrs. Ts. Dr. Mohd Amirul bin Hussain, Ketua Program G-KoM: Kami Sahabat Sungai 4.0) serta guru-guru, sukarelawan UPSI serta pegawai MPHS.
Pada majlis tersebut juga turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Rakan Strategik antara UPSI, MPHS dan SK Kalumpang dalam menjayakan program ini. Simbolik program turut diadakan Penanaman Anak Pokok Buah-buahan – “Satu Pohon, Seribu Harapan” serta aktiviti gotong royong dan pengumpulan sisa yang berjaya dikumpul sebanyak 80 beg sampah.
Program yang diadakan ini adalah merupakan pelaksanaan melalui dana G-KoM 5.0 MPHS yang diterima oleh pihak UPSI Tahun 2026 yang melibatkan seramai seramai 574 orang terdiri dari para pelajar dan guru. Ianya menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 iaitu SDG 4 : Pendidikan Berkualiti, SDG 13 : Tindakan terhadap Perubahan Iklim dan SDG 16 : Kehidupan dalam Air.
Tahniah kepada UPSI dan SK Kalumpang di atas kejayaan melaksankan program yang memberi manfaat kepada akar umbi dan warga sekolah.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 23 November 2026, 04:03:01.
Jumlah Pelawat :
01418394

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015