YANG DIPERTUA MPHS MENYERTAI UNITED NATIONS FORUM OF MAYORS KE-6 DI GENEVA, SWITZERLAND
GENEVA, 12 OKTOBER 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor terus mengukuhkan kerjasama di peringkat antarabangsa melalui penyertaan di dalam United Nations Forum of Mayors Ke-6 yang berlangsung di Ibu Pejabat World Intellectual Property Organization (WIPO), Geneva, Switzerland.
Penyertaan MPHS diwakili oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama TPr Gs. Azlina Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS. Persidangan anjuran United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) dengan kerjasama suruhanjaya serantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta sokongan WIPO, Global Cities Hub dan rakan strategik lain ini bertemakan “Cities Delivering for a Sustainable Future” telah berlangsung pada 12 – 16 Oktober 2026.
Forum ini menghimpunkan kira-kira 400 peserta dari 85 bandar, bersama wakil kerajaan kebangsaan, organisasi antarabangsa dan masyarakat sivil bagi bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta membincangkan penyelesaian terhadap cabaran pembangunan bandar mampan.
Sepanjang persidangan tersebut, YBrs. Puan Yang Dipertua turut terlibat dalam sesi panel pembentangan dan menggalas peranan sebagai moderator bersama, melibatkan tiga topik berikut:
i. Women Mayors: Empowering Urban Leadership for a Sustainable Future
Sesi yang mengetengahkan peranan pemimpin wanita dalam memperkukuh tadbir urus dan menerajui pembangunan bandar yang inklusif serta mampan.
Sesi yang mengetengahkan peranan pemimpin wanita dalam memperkukuh tadbir urus dan menerajui pembangunan bandar yang inklusif serta mampan.
ii. Sustainable, Adequate and Affordable Housing (SDG 11.1)
Beliau bertindak sebagai moderator bersama dengan Mr. Tony Dyer, pemimpin Bristol City Council, United Kingdom, bagi mengendalikan perbincangan mengenai penyediaan perumahan yang mampan, mencukupi dan mampu milik.

iii. Voluntary Local Reviews (VLRs) as a Process and Implementation Path
Sesi yang membincangkan peranan VLR sebagai proses penilaian kemajuan, penyelarasan perancangan dan pemangkin pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan.
Sesi yang membincangkan peranan VLR sebagai proses penilaian kemajuan, penyelarasan perancangan dan pemangkin pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan.
Penyertaan MPHS dalam forum ini memberi peluang untuk berkongsi perspektif tempatan serta memperoleh pengetahuan dan pengalaman antarabangsa bagi memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan mampan di Hulu Selangor. Perkongsian tersebut turut menjadi input kepada usaha pemantapan VLR Hulu Selangor, SDG Roadmap dan bagi mencapai Pelan Strategik MPHS 2024-2028.
Penglibatan ini juga memperluas jaringan kerjasama dengan pemimpin bandar serta organisasi antarabangsa bagi meneroka pendekatan yang bersesuaian untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan mutu perkhidmatan MPHS.
MPHS merakamkan penghargaan kepada UNECE, WIPO, Global Cities Hub serta semua pihak yang menjayakan persidangan ini. Semoga perkongsian ilmu dan jaringan antarabangsa yang dibina dapat menyokong aspirasi Hulu Selangor sebagai “Perbandaran Pintar, Lestari dan Dinamik”.