YDP MPHS Terima Asia Impact Leaders Award 2026

YDP MPHS TERIMA ASIA IMPACT LEADERS AWARD 2026.

2 Mei 2026, Kuala Lumpur : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Asian Outstanding Government & Public Leadership Award pada Majlis Asia Impact Leader Award 2026 yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi .

Pengiktirafan berprestij ini membuktikan kecemerlangan kepimpinan beliau dalam menerajui MPHS ke arah organisasi yang progresif, berdaya saing serta sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan transformasi telah dilaksanakan bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kualiti hidup komuniti serta memacu pembangunan mampan di Hulu Selangor.

Seluruh warga kerja MPHS mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian yang berprestij ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga MPHS untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Turut hadir bersama Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana Munasir, Pengarah Perbendaharaan, Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin dan Ketua Bahagian Korporat, Puan Junainah binti Abdullah.

Tahniah dan syabas diucapkan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01248269

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015