Jemputan ke Majlis Tazkirah Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-5 MPHS

HEBAHAN MAJLIS TAZKIRAH PERDANA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

JEMPUTAN KE MAJLIS TAZKIRAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5 MPHS

Dengan segala hormatnya, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Tazkirah Perdana yang dianjurkan bagi menyuburkan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa untuk mendengar perkongsian ilmu dan pengisian rohani sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharian.

Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: bermula Solat  Maghrib berjemaah
Tempat: Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu
Penceramah: Da'i Annas

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

“Mencari Ilmu, Menyuburkan Iman, Membina Insan Bertaqwa.”

*Jamuan makan malam disediakan.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 


PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 23 Oktober 2026, 02:19:43.
Jumlah Pelawat :
01394657

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015