JOM MERIAHKAN FESTIVAL KEBUDAYAAN ORANG ASLI SELANGOR 2026!
Sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2026, anda sekeluarga dijemput hadir ke Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, pameran budaya dan persembahan tradisional masyarakat Orang Asli.
Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 6.30 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
Antara aktiviti menarik:
Antara aktiviti menarik:
- Fun Walk / Fun Run
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Persembahan kebudayaan & pertandingan nyanyian
- Sukaneka rakyat seperti tarik tali, menyumpit, congkak, batu seremban, boling kelapa, galah panjang dan banyak lagi
- Pameran, demonstrasi serta jualan hasil kraftangan masyarakat Orang Asli
- Cabutan bertuah & penyampaian hadiah
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, bersama barisan tetamu kehormat.
Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat warisan, budaya dan keunikan masyarakat Orang Asli sambil menikmati pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jom datang beramai- ramai!!


















