Kempen Penukaran Cetakan Bil kepada Bil Maya dan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS 2026

SIARAN MEDIA

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

KEMPEN PENUKARAN CETAKAN BIL KEPADA BIL MAYA DAN CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026

Kuala Kubu Bharu, 1 Januari 2026 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) akan menghentikan penggunaan cetakan bil cukai taksiran dan akan menggantikannya kepada Bil Maya. Usaha ini bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) yang perlu di capai menjelang 2030.

MPHS kini terpaksa mencetak lebih 308 ,000 keping bil setiap tahun dan menghantar bil-bil tersebut kepada hampir 114 ,000 pemegang akaun cukai taksiran. Penukaran kepada Bil Maya akan mengurangkan jejak karbon serta menjimatkan kos MPHS dalam memberi perkhidmatan perbandaran kepada semua pelanggan dalam kawasan MPHS.

Bagi menyokong usaha ini, suatu kempen cabutan bertuah bernilai Rm 220,000 turut disediakan bagi menghargai pembayar cukai taksiran dan pelanggan yang bertukar kepada Bil Maya.

Syarat kelayakan bagi menyertai cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan merupakan pemilik harta yang berdaftar dengan MPHS
  • Pelanggan baru yang telah dan baru melanggani Bil Maya MPHS
  • Menjelaskan semua tuntutan cukai taksiran sehingga penggal 2 tahun 2026 secara atas talian.
  • Tidak menerima sebarang bentuk insentif cukai taksiran sama ada daripada Kerajaan Negeri atau dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
  • Kempen dijalankan selama 6 bulan bermula 1 Januari 2026 hingga 30 Jun 2026.

Hadiah utama yang ditawarkan bagi pemenang yang bertuah adalah sebuah kereta, 6 buah motosikal, 28 Gadjet komunikasi (Telefon pintar & Tablet), sebanyak 123 unit barangan keperluan elektrik/elektronik seperti ketuhar penggoreng udara berwap, periuk tekanan tinggi, penapis air , robot vakum, Mesin pengering, Seterika Wap, Penghawa Dingin, penapis udara, televisyen pintar,  dan  kepingan emas seberat 1 gram.

Cabutan akan dilaksanakan secara berperingkat pada setiap bulan bermula bulan April 2026. Manakala tarikh cabutan untuk hadiah utama dan hadiah khas akan diadakan 21 Oktober 2026. Tertakluk kepada sebarang pindaan.

Sehubungan dengan itu, semua pelanggan cukai taksiran MPHS dipelawa untuk menyertai program cabutan bertuah cukai taksiran MPHS bagi tahun 2026.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Perbendaharaan MPHS di talian 03-6064 1331 (samb.135/151) atau layari laman sesawang Majlis Perbandaran Hulu Selangor www.mphs.gov.my atau Sosial media MPHS di Facebookk  Majlis Perbandaran Hulu Selangor, tiktok ( @mphuluselangor ) dan Instagram (mphuluselangor ).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 07 Januari 2026, 04:07:55.
Jumlah Pelawat :
01147782

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015