PERINGATAN MESRA:
KESELAMATAN MUSIM HUJAN DI KAWASAN REKREASI
Dimaklumkan bahawa keadaan cuaca hujan yang berlaku dengan lebih kerap kebelakangan ini meningkatkan risiko keselamatan di kawasan sungai, air terjun dan taman rekreasi. Sehubungan itu, para pengunjung adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri serta keluarga.
Antara langkah keselamatan yang disarankan:
Semak ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan.
Elakkan berada di kawasan berisiko semasa atau selepas hujan lebat.
Segera cari tempat berteduh yang selamat jika cuaca berubah secara tiba-tiba.
Pastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam pemantauan orang dewasa.
Tinggalkan kawasan rekreasi sekiranya paras air mula meningkat atau aliran sungai menjadi deras.
Keselamatan adalah keutamaan kita bersama. Pihak MPHS amat menghargai kerjasama semua pengunjung dalam memastikan aktiviti rekreasi dijalankan dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab.
Terima kasih kerana sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon


















