MPHS Menyediakan Roro Secara Percuma Sempena Perayaan Aidilfitri 2026

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR MENYEDIAKAN RORO SECARA PERCUMA – BANTU ORANG RAMAI LUPUS BARANGAN PUKAL SEMPENA PERAYAAN SAMBUTAN AIDILFITRI TAHUN 2026

Adalah dimaklumkan sempena dengan sambutan Perayaa Aidilfitri yang bakal tiba, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabut lama iaitu almari, sofa, tilam, katil, dan sebagainya serta sampah kebun.

Penyediaan Tong RORO berkapasiti 3 Tan ini ditempatkan dengan tempoh Lapan (6) hari di kawasan sekitar Hulu Selangor iaitu di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan lain2 kawasan. Tong RORO tersebut juga akan ditarik lebih awal dari tempoh masa yang ditetapkan sekiranya didapati telah penuh. Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini bermula dari 7 Mac 2026 sehingga 19 Mac 2026 dengan meletakkan tong RORO SECARA BERPERINGKAT di lokasi seperti yang disenaraikan di lampiran untuk kemudahan penduduk.

Pihak Majlis berharap agar penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal tersebut ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa.

Sampah “SISA DOMESTIK / SAMPAH DAPUR" adalah DILARANG sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini.

Sasaran utama lokasi penempatan roro adalah di kawasan komuniti masyarakat dan penduduk yang menyambut Perayaan Aidilfitri

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS di talian 03-60641050

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01203425

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015