Notis Penutupan Jalan Sementara Sempena Acara Le Tour De Langkawi 2026

NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI 2026 – PERINGKAT KE-5

PERHATIAN WARGA HULU SELANGOR!
Dimaklumkan bahawa beberapa laluan utama di Daerah Hulu Selangor akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026 – Peringkat Ke-5, melibatkan laluan Tapah ke Genting.
Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang (atau sehingga perlumbaan selesai)

LALUAN TERLIBAT:
1. FT001 Jalan KL–Tg Malim
    - Dari Sempadan Muallim/Hulu Selangor hingga Simpang Jambatan Batang Kali

2.
B113 Jalan Batang Kali–Ulu Yam Bahru
    - Dari Simpang 3 Jambatan Batang Kali hingga Simpang Empat Genting

3. B66 Jalan Batang Kali–Genting
    - Dari Simpang Empat Genting hingga Sempadan Bentong di Genting

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian serta mematuhi arahan petugas di lapangan.

Saksikan sendiri kemeriahan Le Tour de Langkawi 2026 yang bakal melalui Hulu Selangor!

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 30 September 2026, 04:31:02.
Jumlah Pelawat :
01377670

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015