Pemakluman Kepada Semua Operator Sukan dan Aktiviti Bertali di Hulu Selangor

PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA OPERATOR SUKAN DAN AKTIVITI BERTALI DI HULU SELANGOR

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sedang melaksanakan proses penyelarasan bagi semua operasi sukan dan aktiviti bertali yang dijalankan di sekitar Hulu Selangor, termasuk aktiviti seperti Zipline, Flying Fox, Abseiling, High Rope Course dan aktiviti lain yang berkaitan.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan setiap pengendalian aktiviti mematuhi keperluan keselamatan, perundangan serta standard operasi yang ditetapkan demi menjamin keselamatan pengguna dan kelestarian industri pelancongan rekreasi di Hulu Selangor.

Sehubungan itu, semua operator yang menjalankan aktiviti berkaitan adalah dimohon untuk menghubungi dan hadir ke Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM), MPHS bagi mendapatkan maklumat lanjut serta tindakan susulan yang berkaitan.

Antara perkara yang akan diberi perhatian adalah:

  • Keperluan lesen, permit dan kebenaran operasi.
  • Pematuhan aspek keselamatan serta perundangan semasa.
  • Penyelarasan lokasi dan pengoperasian aktiviti di Hulu Selangor.
  • Pematuhan kepada garis panduan dan prosedur operasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan aktiviti sukan dan rekreasi bertali di Hulu Selangor dapat dijalankan dengan selamat, teratur dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM), MPHS di talian 03-6064 1235. 

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 15 Jun 2026, 03:17:23.
Jumlah Pelawat :
01277524

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015