PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ingin memaklumkan bahawa Hulu Selangor Half Marathon 2026 akan berlangsung pada 7 Jun 2026 (Ahad) dan melibatkan beberapa penutupan jalan di sekitar Kuala Kubu Bharu seperti yang dinyatakan dalam notis.
Program ini dijangka menghimpunkan 1,500 orang pelari yang akan memeriahkan kawasan terlibat serta mempromosikan Hulu Selangor sebagai destinasi sukan dan pelancongan.
Sehubungan itu, MPHS memohon kerjasama dan perhatian semua pemilik premis serta orang awam sepanjang tempoh penutupan jalan dilaksanakan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.























