Peringatan Kepada Orang Awam: Waspada Fenomena Kepala Air Sepanjang Musim Monsun Timur Laut

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan sungai, air terjun, kawasan rekreasi air serta lokasi berisiko berlakunya fenomena kepala air sepanjang Monsun Timur Laut.

Fenomena kepala air boleh berlaku secara tiba-tiba akibat hujan lebat berterusan di kawasan hulu sungai. Arus deras dan peningkatan paras air secara mendadak boleh mengancam nyawa tanpa sebarang amaran awal yang jelas.

Orang ramai diingatkan supaya:
  • Mengelakkan aktiviti mandi-manda, berkelah dan rekreasi di kawasan sungai serta air terjun ketika cuaca tidak menentu.
  • Segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat sekiranya terdapat tanda-tanda kepala air.
  • Tidak cuba merentasi sungai atau menghampiri aliran air yang deras.
  • Sentiasa mematuhi arahan dan nasihat pihak berkuasa.
 
Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi talian 999.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 10 November 2026, 02:12:07.
Jumlah Pelawat :
01407547

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015