Program Adopsi Kucing di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur

PROGRAM ADOPSI KUCING DI AVENUE K SHOPPING MALL,KUALA LUMPUR!

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), melalui Unit Kawalan Haiwan Terbiar (UKHT), dengan bangganya menganjurkan program adopsi kucing dengan kerjasama Persatuan Haiwan Malaysia di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur. Acara yang bertujuan mencari rumah baharu untuk kucing-kucing terbiar yang memerlukan ini berlangsung dari 24 April hingga 1 Mei 2026, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Orang ramai dijemput hadir ke reruai adopsi kami!

Ambil peluang keemasan ini untuk memberi sinar baharu dan kehidupan yang lebih baik kepada si kucing comel yang menanti kasih sayang anda. Kehadiran anda bukan sahaja akan memberikan mereka kasih sayang yang mereka dambakan, tetapi juga membantu mengurangkan bilangan haiwan terbiar di jalanan.Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada perubahan ini.

Marilah beramai-ramai dan jadikan adopsi sebagai pilihan pertama anda. Setiap adopsi membawa harapan dan peluang kedua bagi haiwan-haiwan ini. Bersama-sama, kita boleh mewujudkan masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab terhadap haiwan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01240895

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015