SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menyemarakkan selawat, meneladani akhlak mulia Baginda serta menghayati ajaran dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa, serta menjadi pedoman untuk membina masyarakat yang lebih harmoni, penyayang dan diberkati.
Salam Maulidur Rasul 1448H
25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H
Ikhlas daripada:
Yang Dipertua, Ahli Majlis, Pengarah dan seluruh warga kerja MPHS

















