Sempena pelaksanaan Kempen Taat Setia 55 Rukun Negara

 Sempena pelaksanaan Kempen Taat Setia 55 Rukun Negara. 

Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat kecintaan terhadap tanah air dengan menghayati serta mengamalkan setiap prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Kempen ini bukan sekadar peringatan, tetapi satu seruan untuk kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk terus bersatu padu, menghormati kepelbagaian, serta menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Rukun Negara merupakan asas perpaduan nasional yang menjadi panduan kepada keharmonian masyarakat majmuk. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini, kita mampu membina negara bangsa yang lebih progresif, sejahtera, dan berdaya tahan menghadapi cabaran masa depan.

 1 Ogos – 16 September 2025

Mari kita zahirkan sokongan dengan bersama-sama menyertai Kempen Taat Setia Rukun Negara demi Malaysia MADANI yang kita cintai.

#55TahunRukunNegara

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

 

 

Image

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 12 September 2025, 09:17:50.
Jumlah Pelawat :
01069403