Pengiktirafan dan Anugerah

Pengiktirafan dan Anugerah Tahun 2024

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur

1. 

Kebangsaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersama dengan agensi kerajaan Hulu
Selangor dan wakil komuniti daerah telah menyemai 13,000 pokok Ruellia
Simplex bagi mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai
Program Semaian Pokok Ruellia Simplex paling banyak. Semaian 13,000 benih Ruellia Simplex merupakan simbolik kepada 13 mukim yang ada di dalam Daerah Hulu Selangor.
Penganjur Malaysia Book of Records (MBOR)
2. Negeri Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima Penghargaan Rakan Sinergi di
Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024
Penganjur Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor

Pengiktirafan dan Anugerah Tahun 2023

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur
1. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Landskap telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) di bawah Living World and Nature bagi kategori First Local Authority to organise World Landscape Architecture Month.

Penganjur Malaysia Book of Records (MBOR)

2.

Kebangsaan

 

Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dicalonkan dalam senarai lima finalis bagi Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 bagi kategori Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik (Perbandaran).

Penganjur Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

 

3. Kebangsaan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima Sijil Pengiktirafan bagi kategori “Completion of SDG Roadmap”.

Pengiktirafan ini diberikan melalui Inisiatif Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam menyediakan Laporan “Voluntary Local Review” (VLR) dan “SDGs City Roadmap”.

Penganjur Urbanice Malaysia, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

4. Kebangsaan

Perbandaran Hulu Selangor menerima Penghargaan Bandar Paling Mampan 2023 berdasarkan pengukuran tahap kemampanan program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) di dalam Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan. Pengiktirafan ini diberikan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia bagi Tahun 2023.

Penganjur PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Semenanjung Malaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

5. Kebangsaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima Pengiktirafan ‘Diamond Recognition’ dan Pengiktirafan ‘Provisional Certificate’ bersempena dengan Majlis
Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023
Tiga Pengiktirafan ‘Diamond Recognition’ bagi kategori:
Zon Bandar Rendah Karbon (LCC Zone)
(1) Zon Bandar Kuala Kubu Bharu
(2) Zon Kawasan Perindustrian Kenanga – Jasmine Bukit Beruntung
Rakan Kongsi (Partners)
(3) Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Tiga Pengiktirafan ‘Provisional Certificate’ bagi kategori:
Zon Bandar Rendah Karbon (LCC Zone)
(1) Kawasan Perindustrian Bernilai Tinggi Serendah
Rakan Kongsi (Partners)
(2) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung
(3) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Beruntung
Penganjur Malaysian Green Technology and Climate Change Center (MGTC)
6. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerima pengiktirafan 5 bintang (95.96%) bagi Kluster Pihak Berkuasa Tempatan menerusi penilaian Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tahun 2023.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 

7. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui penyertaan Kumpulan SyazYah dengan produk MPHSGO 2.0 berjaya menjadi Naib Johan 1 Sektor Awam (PBT) Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2023.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

8. Negeri  

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Korporat telah menjadi Finalis Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Negeri Selangor.

Penganjur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

9. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bandar Mampan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kategori Perbandaran/Daerah bagi Anugerah Kemampanan Bandar 2023 Peringkat Negeri Selangor berdasarkan kepada pencapaian dalam Pelaksanaan Jaringan Penunjuk Bandar Mampan Bandar-Luar Bandar (MURNinets). Majlis ini diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023.

Penganjur PLANMalaysia Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Kerajaan Negeri Selangor

10. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jabatan Perancang Bandar menerima Sijil Penyertaan Pempamer bagi penyertaan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor ke-8 ataupun 8th Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) bersempena dengan Selangor International Business Summit (SIBS) 2023.

Penganjur Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

11. Negeri

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) menerima Green Achiever Awards 2023 setelah mencatatkan pencapaian peratusan tertinggi iaitu 42.6% dalam sasaran pemasangan lampu LED yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Penganjur Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

12. Daerah

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Korporat telah menjadi Naib Johan Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Daerah Hulu Selangor.

Penganjur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

13. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

14. Agensi Majlis Perbandaran Hulu Selangor memperolehi Pensijilan 3 bintang dengan markah keseluruhan 88.42% bagi Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (APB-5S)
Auditor Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Pengiktirafan dan Anugerah Tahun 2022

Bil Peringkat Pengiktirafan / Anugerah / Penganjur

1.

Kebangsaan

Pengiktirafan 5 bintang (96.77%) bagi Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022 menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT). PBT Terbaik Perbandaran (Kriteria Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk). Kedudukan PBT 15/153 (satu Malaysia).

Penganjur Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

2. Agensi

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan Sijil Bersih (Sijil Tanpa Teguran) pengauditan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

Auditor Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor

3. Agensi

Pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013.

Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 24 Oktober 2024, 02:10:04.
Jumlah Pelawat :
00860918

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015