Ahli Majlis MPHS Tekad Bantu Penduduk Perangi Aedes

Program Gotong-royong Perangi Aedes , Basmi Denggi telah dijalankan di Surau Al-Iman, Batang Kali bagi Lokaliti 8, Batang Kali yang melibatkan Jalan Meranti 6, 6A, 6A/1, 6A/2, 6A/3, 6A/4 dan Jalan Meranti 8 pada 13 November 2022 anjuran Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor Zon 11 & 12.
Program ini dijalankan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan wabak hotspot demam denggi. Pihak majlis mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutamanya ahli majlis Encik Murali a/l Samee (zon 11) , Puan Tan Lai Zhen (zon 12), Ahli Jawatankuasa Surau Al-Iman, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, COMBI, Jabatan Penguatkuasaan MPHS dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dalam menjayakan program ini.
Para penduduk diingatkan agar sering melakukan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan persekitaran rumah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes antaranya :
1. Luangkan masa 10 minit seminggu untuk membersihkan persekitaran rumah anda.
2. Buang bekas yang boleh menakung air.
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan air ditutup.
4. Melakukan semburan aerosol pada waktu petang untuk membunuh nyamuk dewasa.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera jika terdapat gejala-gejala demam denggi seperti demam panas, sakit kepala, sakit sendi, loya dan muntah serta cirit-birit.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728767

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015