Hari Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2023

Sambutan Hari Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2023 telah diadakan pada 14 Jun 2023 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu. Sebanyak 13 penyertaan dari pelbagai Jabatan MPHS telah dipertandingkan pada tahun ini.

Sesi penilaian dijalankan oleh tiga orang panel penilai iaitu, En Hussein bin Mohd Ariff, Pengerusi Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI), En Tc. Norhisham bin Mamat@Zakaria, Penolong Jurutera (Teknikal), Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Selangor dan Pn Dayang Noor Asmara Abang Othman, Pensyarah Kanan Unit Sistem Komputer & Rangkaian Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Hadiah pemenang daripada tempat pertama hingga Kesepuluh akan menerima Wang Tunai serta sijil penyertaan manakala tempat kesebelas dan seterusnya akan menerima sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang yang menjayakan program ini.

MPHS sentiasa menggalakkan warga kerja untuk bergiat aktif dalam penciptaan inovasi sebagai satu solusi dan penambahbaikkan dalam proses kerja seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732351

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015