Jabatan Penguatkuasaan MPHS Anjur Kursus Pengukuhan Pengurusan

Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan Kursus Pengukuhan Pengurusan Jabatan Penguatkuasaan MPHS bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur pada 15 hingga 16 Oktober 2022.

Seramai lima puluh lima (55) anggota penguatkuasa telah menghadiri kursus tersebut. Antara pengisian kursus adalah penerangan berkaitan program Kualiti MPHS, Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kompaun, Tatacara Arahan Tetap Perkhidmatan Penguatkuasan bagi melaksanakan tugasan penguatkuasaan dan memahami tatertib penguatkuasaan serta Sasaran Kerja Tahunan (SKT) jabatan bagi tahun 2022.

Penerangan Program Kualiti MPHS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Korporat, Puan Junainah Abdullah. Beliau memaklumkan program-program kualiti tidak hanya terikat dengan bidang tugas penguatkuasaan dan perundangan malah dapat membantu jabatan memberikan impak yang berkesan terutamanya dalam pematuhan Prosedur MS ISO 9001:2015 dan amalan 5S di Jabatan Penguatkuasaan.

Bagi penambahbaikan sistem pengurusan kompaun, wakil pembekal dan perunding dari Elix Solution Sdn. Bhd. iaitu Encik Ahmad Muhsin bin Mubarak telah memberikan penerangan berkaitan cara-cara mengatasi masalah yang dihadapi semasa mengeluarkan kompaun atau notis ketika berada di lapangan. Hal ini bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB).

Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Tuan Mohd Zulhainan bin Hj. Mohd Isa turut dijemput bagi menyampaikan taklimat dan perkongsian ilmu mengenai Tatacara Arahan Tetap Perkhidmatan Penguatkuasan bagi melaksanakan tugasan penguatkuasaan dan memahami tatertib penguatkuasaan mengikut Kaedah-Kaedah Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Kelakuan Dan Tatatertib) 1992.

Di akhir kursus, sesi penerangan mengenai Sasaran Kerja Tahunan Jabatan 2022 telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Muhammad Azrul Nizam Mohd Azizi. Di dalam sesi tersebut, beliau berharap semua pegawai dan anggota sentiasa menjaga disiplin dan imej jabatan dengan mematuhi arahan dan peraturan pihak pengurusan tertinggi dalam melaksanakan tugas harian.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732220

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015