Majlis Apresiasi JMB/MC 2022

MAJLIS APRESIASI JMB/MC 2022
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS telah mengadakan Majlis Apresiasi JMB/MC 2022 di Bizmilla, Gamuda Gardens pada 1 Mac 2023 dan telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Puan Rodziah Binti Ismail, Pengerusi Tetap. Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan. Turut hadir bersama adalah Yang Berusaha Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 1 MPHS, Yang Amat Dimuliakan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Raja Dato’ Muzaffar Bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Ketua – Ketua Whip Ahli Majlis, wakil –wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pengarah dan Ketua Jabatan wakil jabatan dalaman MPHS, Pengarah – Pengarah Jabatan dan Ketua – Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Pesuruhjaya Bangunan PBT Negeri Selangor dan anggota – anggota jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC).
Majlis ini bertujuan untuk memberi penganugerahan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam menguruskan dan
menyenggara kawasan masing-masing berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta 757. Sistem pemarkahan dilaksanakan berdasarkan Penarafan Bintang Skim Pemajuan Bangunan Berstrata yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pemberian anugerah diberikan secara dua (2) kategori seperti berikut :-
a)Anugerah Pengurusan, Penyenggaraan dan Kewangan Terbaik
Tempat Pertama : Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya
Tempat Kedua : Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa
Tempat Ketiga : Pangsapuri Seri Anggerik 3, Bukit Sentosa
b) Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Strata (5 Bintang)
I.Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya
II.Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa
III.Pangsapuri Sri Anggerik III, Bukit Sentosa
IV.Pangsapuri Tanjung, Bukit Beruntung
V.Apartment Ria Genting Highlands
VI.Pangsapuri Kenanga, Taman Bunga Raya
VII.Pangsapuri Seri Tulip, Bukit Sentosa
VIII.Pangsapuri Buginvilla, Taman Bunga Raya
Dalam sesi penyampaian tersebut, pihak MPHS turut merakamkan ucapan tahniah
kepada. JMB Pangsapuri SERI Bakawali, Bukit Sentosakeranatelah diiktiraf melalui Sijil
Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP) yang pertama di Selangor bagi kawasan pembangunan strata. Pengiktarafan ini diberikan oleh Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri. Tanaman diaudit berpandukan MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice.
Semoga JMB/MC di bawah pentadbiran Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor terus maju kehadapan bagi mengharumkan nama sehingga peringkat nasional.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732363

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015