Majlis Berbuka Puasa YDP MPHS bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor

MAJLIS BERBUKA PUASA YDP MPHS BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN DAERAH HULU SELANGOR
Bersempena Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Majlis Berbuka Puasa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu pada 5 April 2023.
Lebih 26 Ketua Jabatan di Daerah Hulu Selangor telah hadir bagi menjayakan program ini dengan turut dihadiri barisan pengarah dan ketua jabatan MPHS.
Majlis yang diadakan secara santai ini dianjurkan sebagai medium suai kenal antara barisan Pengurusan Tertinggi MPHS bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor. Secara tidak langsung, program ini juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di daerah ini.
Di dalam majlis tersebut, Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS turut menyampaikan ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang menghadiri majlis berbuka puasa tersebut. Kehadiran tetamu yang hadir menunjukkan komitmen yang tinggi Jabatan-jabatan di daerah ini bersama MPHS.
Katanya, majlis ini diadakan sebagai medium untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama strategik antara Jabatan Daerah Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam membangun dan memajukan daerah ini.
Program seumpama ini akan dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang dalam mewujudkan komunikasi 2 hala sesama kita. Selain itu, kita juga berpeluang untuk berkenalan bersama Ketua-ketua jabatan yang baru sahaja bertukar ke daerah ini sama ada dinaikkan pangkat, tamat tempoh perkhidmatan dan dipindahkan ke cawangan yang lain, katanya lagi.
Setelah berbuka, Mohd Hasry turut menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732172

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015