PROGRAM SUMBANGAN FOODSCAPING KEPADA PESERTA PROGRAM INDAH PERSEKITARAN (P.I.P) 2023.
Tarikh : 4 April 2023 ( Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Pagi tadi bertempat di Dewan Orang Ramai Bukit Sentosa telah berlangsungnya satu program Sumbangan Foodscaping kepada 15 peserta Program Indah Persekitaran (P.I.P). Peserta-peserta ini terdiri dari persatuan penduduk yang berdaftar dalam daerah Hulu Selangor.
Program Sumbangan Foodscaping ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Yang Berbahagia Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd A.M.S. Majlis pada pagi ini juga turut diserikan dengan kehadiran Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa D.S.I.S. Hadir bersama, Barisan Ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan MPHS, Ketua-ketua Bahagian MPHS dan wakil-wakil persatuan penduduk.
Sumbangan Foodscape ini adalah berbentuk bahan untuk membuat juadah bubur lambuk bersempena program yang di jalankan di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini. Antara bahan yang di berikan adalah bayam brazil, kacang botol, kangkung, daun kesum , batang keladi, cili dan air tebu. Sayuran dan minuman ini adalah hasil daripada 15 persatuan penduduk yg menyertai PIP yg mempunyai kawasan kebun komuniti.
Pihak Jabatan Landskap MPHS berharap pada masa akan datang, penyertaan program seumpama ini dapat menambat minat masyarakat dalam menjalankan kehidupan yang sihat di samping boleh menjana hasil dan pendapatan tambahan.