Penganjuran Memancing Meriah Anjuran MPHS

PENGANJURAN MEMANCING MERIAH ANJURAN MPHS
Kejohanan Memancing memeriahkan acara yang disediakan Sempena Sambutan 1 Tahun Perbandaran Hulu Selangor yang diadakan di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu pada 29 Oktober 2022.
Program yang bermula jam 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Mohd Hasry Nor Mohd bersama Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Law Suet Peng, Ahli Majlis MPHS dan Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria.
Seramai 350 peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada dalam dan luar daerah Hulu Selangor. Program setengah hari ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara MPHs bersama komuniti.
Bagi memeriahkan kejohanan tersebut, pihak penganjur turut menyediakan 100 hadiah cabutan bertuah berupa barangan memancing kepada peserta. Selain itu, peserta yang berjaya menaikkan ikan haruan bersaiz 2 inci dan ke atas layak menukar ikan tersebut dengan wang tunai RM 5.00.
Seramai 10 pemenang telah dipilih untuk menerima hadiah sempena kejohanan ini di mana Mohd Rosli Arifin telah dipilih sebagai pemenang yang berjaya membawa wang tunai berjumlah RM2999 atas kejayaan menaikkan seekor haruan seberat 0.755 gram.
Tempat kedua dimenangi oleh edy membawa pulang wang tunai RM1999 di atas kejayaan memperolehi ikan peacock bass seberat 0.335 gram dan ketiga Siew membawa pulang wang tunai RM999 kerana berjaya menaikkan ikan peacock bass seberat 0.325 gram.
Selain pertandingan memancing, terdapat juga aktiviti lain turut dijalankan di tempat yang sama seperti pertandingan mewarna, pertandingan sepak penalti, horse ride, water shot gun, bird community, face painting dan banyak lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728782

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015