Perlawanan Akhir Pertandingan FAS Women’s Super League (WSL) 2023 dan Sesi Libat Urus Bersama DYTM Raja Muda Selangor Bersempena Hari Bola Sepak Selangor 2023

PERLAWANAN AKHIR PERTANDINGAN FAS WOMEN’S SUPER LEAGUE (WSL) 2023 DAN SESI LIBAT URUS BERSAMA DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERSEMPENA HARI BOLA SEPAK SELANGOR 2023
MPHS telah turut serta ke sesi libat urus bersama DYTM Raja Muda Selangor bagi acara Hari Bola Sepak Selangor dan Perlawanan Akhir FAS Women’s Super League 2023 (WSL) bagi edisi ke-2 yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 19 Mac 2023.
FAS Women’s Super League merupakan satu platform yang menghimpunkan 12 pasukan untuk merebut gelaran Juara Pertandingan Bola Sepak Wanita paling berprestij di Negeri Selangor. Kejohanan ini dilhamkan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor untuk menjadi platform mencungkil bakat-bakat bola sepak dari komuniti bola sepak wanita Negeri Selangor.
Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ahli Majlis, warga kerja MPHS dan wakil MPKK Daerah Hulu Selangor turut hadir menyaksikan perlawanan antara Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Universiti Pertahanan National Malaysia.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732333

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015