Program Townhall Discussion IPD Hulu Selangor Tahun 2022

Program Townhall Discussion IPD Hulu Selangor Tahun 2022

Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program Townhall Discussion IPD Hulu Selangor Tahun 2022.
Program yang telah diadakan pada 26 Oktober 2022 bertempat di Auditorium Institut Kemahiran Belia Negara Pertak (IKBN) Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Sesi ini memfokuskan isu Keselamatan dan Pembangunan Masyarakat Tanggungjawab Bersama. Turut hadir dalam sesi ini adalah:

1. YDH SUPT Suffian Bin Abdullah (KPD Hulu Selangor)

2.DSP Ridzuan Bin Khalid (T/KPD Hulu Selangor)

3. YBrs. Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd (Yang Dipertua MPHS )

4.  Encik Shahadan Bin Zainal (Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Pertak Kuala Kubu Bharu)

5. Encik Mohd Ghazali Bin Abdul Rahman
(Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah)

6. Puan Shamsida Binti Hj Wahid (Pegawai Perpaduan Daerah)

7. Encik Rosli Bin Sulaiman (Timbalan Sektor Pembangunan Murid)

8.Semua Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai dan anggota IPD Hulu Selangor

9. Puan Syahana bt. Shaharuddin (Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ) -selaku moderator

Para peserta terdiri daripada 200 orang dari kalangan SRS, KRT, MCPF , pengetua sekolah, wakil-wakil ketua masyarakat Daerah dan pelajar2 IKBN.

Objektif Program adalah,

1. Meningkatkan kesedaran dan pencegahan jenayah di peringkat komuniti

2. Menyediakan platform untuk berdialog bagi pencegahan jenayah, keselamatan, ketenteraman, perundangan dan pendidikan.

3. Satu pendekatan keterlibatan peringkat tertinggi secara komprehensif bagi menangani isu-isu sosial bersama.

4. Menjelaskan pembangunan yang di laksana sempena menuju Hulu Selangor maju bagi Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Program ini diadakan secara “face to face” dengan konsep Problem Oriented Policing bertemakan Keselamatan dan Pembangunan Masyarakat, Tanggungjawab Bersama.

Sebanyak 12 soalan telah diajukan oleh para peserta dan dijawab oleh PDRM dan agensi lain yang hadir. Para panel turut meminta komuniti untuk terus mewujudkan hubungan baik dengan semua agensi supaya maklumat dapat disalurkan dan diambil tindakan segera untuk penyelesaian.

Program berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua peserta. Program seumpama ini wajar diteruskan di peringkat daerah bagi menumpukan masalah jenayah dan pencegahan jenayah khususnya.

#transformasikomunitiperbandaranharmoni
#DaripadaAndaUntukAnda

*sumber IPD Hulu Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728782

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015