Sesi Taklimat bersama Kontraktor Panel Jabatan Landskap

SESI TAKLIMAT BERSAMA KONTRAKTOR PANEL JABATAN LANDSKAP BAGI TAHUN 2023
Tarikh : 27 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu
Satu sesi taklimat bersama kontraktor telah diadakan bertujuan untuk memberi penerangan secara dengan lebih jelas tentang tatacara pengisian borang tender/sebutharga yang telah dibeli secara atas talian. Pihak kontraktor juga telah diberi penerangan berkenaan syarat-syarat wajib yang perlu dipatuhi sekiranya berjaya dilantik untuk menjadi kontraktor panel bagi kerja-kerja cantasan dan penebangan pokok di bawah seliaan Jabatan Landskap MPHS.
Sesi taklimat wajib ini telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Landskap MPHS, LAr. Mohd. Fadhil Bin Mohd. Lani dan Ketua Bahagian Perolehan MPHS, Cik Norazimah Binti Mohd. Arshad.
Pihak jabatan berharap dengan penglibatan kontraktor yang hadir pada hari ini agar lebih proaktif dan efisien dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728570

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015