Tahniah kepada Team IKIGAI MPHS: Johan Kategori Sektor Awam bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022

Tahniah diucapkan kepada Team IKIGAI dari MPHS yang telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Kategori Sektor Awam bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022. Anugerah berupa wang tunai RM5,000.00, sijil dan trofi telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Majlis Penutup Expo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Negeri Selangor, di KL Convention Centre.
Di majlis yang sama, IKIGAI turut memenangi Naib Johan Kategori Inovasi Sosial ( Penciptaan) bagi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2022. Bagi Anugerah ini IKIGAI berkolaborasi dengan Persatuan Penduduk Apartment Seri Bakawali melalui Projek SIDINA. IKIGAI turut membawa pulang RM10,000.00 beserta sijil dan trofi.
IKIGAI turut menerima Anugerah Produk Akhir

 

Terbaik
 

Anugerah Inovasi Negeri Selangor. Hadir sama menerima Anugerah, Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731971

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015