Taklimat kepada Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Uitm Selangor, Kampus Puncak Alam

TAKLIMAT KEPADA PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH, UITM SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM
Pihak Majlis telah menerima kunjungan pensyarah dan pelajar Program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam yang diketuai oleh TPr Yusnaim bin Abdul Rani pada 31 Oktober 2022 bagi mendapatkan taklimat berkenaan pembangunan di Daerah Hulu Selangor.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hazhman bin Haron, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa selaku wakil pengarah Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Pelajar-pelajar tersebut telah didedahkan berkenaan profil daerah, hala tuju serta prospek pembangunan daerah Hulu Selangor sehingga tahun 2035. Selain itu, Encik Mohd Hazhman turut menyampaikan berkongsi pandangan berkenaan proses dan prosedur melibatkan hal-hal perancangan bandar khususnya di daerah Hulu Selangor.
Perkongsian ini diharap dapat membantu pensyarah dan pelajar untuk lebih memahami kawasan kajian yang telah dipilih. Pihak Majlis amat berbesar hati dan merakamkan ribuan terima kasih kepada UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam kerana memilih kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan kajian.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732132

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015