Para Pelanggan yang dikasihi,
Kempen Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi Tahun 2024.
Untuk makluman, MPHS ke arah Bil Maya sepenuhnya sebagai langkah menjayakan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 11, 12, 13. Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk sama-sama menjayakan agenda ini dengan mendaftar di pautan berikut sebagai tanda sokongan: http://mphs.app/mphs/index.php
Insentif berbentuk rebat cukai akan diberikan kepada pelanggan cukai taksiran yang layak dan membuat pembayaran secara atas talian (online) melalui saluran pembayaran seperti di bawah :
No. | Kaedah Pembayaran | Kadar Rebat (RM) |
1 | MPHS Pay |
RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja + RM2.00 sekiranya berjaya melanggani Bil Maya MPHS |
2 |
JomPAY |
RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja |
3 | Perbankan Internet |
RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja |
4 | E-Dompet |
RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja |
5 | Sistem E-Billing MPHS |
RM3.00 bagi setiap penggal |
Terma & Syarat:
- Terbuka hanya kepada kategori harta kediaman dengan pemilikan di atas nama individu yang mempunyai tuntutan pembayaran sahaja (iaitu jumlah tuntutan yang dinyatakan di dalam bil termasuk tunggakan sekiranya ada).
- Pelanggan cukai taksiran yang berjaya melanggani Bil Maya MPHS layak untuk mendapat tambahan rebat sebanyak RM2.00 (hanya melalui MPHS Pay).
- Pemberian rebat adalah terhad kepada RM150,000.00 yang pertama sahaja.
- Tempoh kempen bermula 01 Januari 2024 sehingga 30 April 2024.
- Majlis Perbandaran Hulu Selangor berhak untuk meminda atau mengubah sebahagian atau semua terma dan syarat kempen ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan dan keputusan Majlis Perbandaran Hulu Selangor adalah muktamad.
- Sila hubungi 03-60641331 sambungan 135/151 untuk sebarang pertanyaan.
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo