Flag Off Kontinjen MPHS Ke Karnival Sukan Kerajaan Tempatan (MALA) 2024 – Fasa 3

31 Julai 2024, Kuala Kubu Bharu – Pelepasan (Flag off) telah disempurnakan oleh wakil pengurusan tertinggi Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin (Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS). Turut hadir menyempurnakan acara ini Encik Chinniah a/l Subramaniam (Ahli Majlis MPHS), Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan), Encik Khairul Anuar bin Khalid (Yang Dipertua KSDK MPHS), Encik Muhammad Azrul Nizam bin Mohd Azizi (Pegawai Sukan KSDK merangkap Ketua Kontinjen MPHS), AJK KSDK MPHS serta kakitangan MPHS.

Encik Shaiful Rizza telah menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada semua peserta MALA agar tidak mudah mengalah dan putus asa.

Doa dan harapan agar semua peserta sentiasa di bawah rahmat Allah sepanjang perjalanan pergi dan kembali dengan selamat, dimudahkan urusan sepanjang perlawanan serta beroleh kemenangan dengan mengharumkan nama MPHS di persada PBT Malaysia.

Harapan, Semoga Kemenangan milik kontinjen MPHS.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015