Program Potong Royong di Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA)

Program Potong Royong di Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA)

Ampang Jaya, 31 Julai 2024- Sebanyak 17 ekor kucing jantan yang terdiri daripada kucing liar telah berjaya dikasikan dalam Program Potong Royong yang bertempat di Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), Selangor.

Tengku Permaisuri Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang merupakan Penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) kendalian SPCA Selangor telah hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran Potong Royong tersebut. Turut hadir adalah YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd dan YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dr. Ani binti Ahmad. Program turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa, pegawai Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang dan komuniti setempat.

Program ini merupakan acara tahunan oleh SPCA Selangor dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia serta UEM Edgenta Berhad dan Dscaff Engineering Sdn Bhd sebagai penaja.

Dalam pada masa yang sama, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd juga telah menandatangani Surat Hasrat Kerjasama Strategik bersama Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin bagi melaksanakan program pengkasian dan vaksinasi mobile bagi kucing dan anjing secara berkala di Bawah Program Mobile Neuter MPHS. Aktiviti pengkasian ini adalah penting untuk mengawal populasi kucing serta anjing liar serta memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa populasi kucing dan anjing perlu dikawal daripada terus membiak. Hal ini amat penting dalam memastikan kebajikan haiwan terjaga dan mencegah kacau ganggu awam yang berpunca daripada haiwan terbiar.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015