Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang berlangsung di Perkarangan Pejabat MPHS hari ini membuka peluang rakyat untuk mendapatkan khidmat nasihat, menyalurkan aduan, pandangan atau masalah secara bersemuka dengan kakitangan.
Program yang dijalankan selama 4 jam ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ramai pelanggan telah hadir secara bersemuka dengan pegawai yang bertugas di kaunter bagi menyatakan masalah dan aduan yang dihadapai manakala yang lain dapat diselesaikan di kaunter-kaunter yang disediakan di sini.
Rakan agensi lain turut serta adalah Indah Water (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)yang turut serta. Pertandingan Karaoke Merdeka turut diadakan dikalangan warga kerja sempena sambutan Hari Malaysia.