Sambutan Hari Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2022 telah diadakan pada 15 September 2022 bertempat di Perkarangan Pejabat MPHS Sebanyak 18 penyertaan dari pelbagai Jabatan MPHS telah dipertandingkan pada tahun ini.
Sesi penilaian dijalankan oleh panel penilai, Tc. Norhisham bin Mamat@Zakaria, Penolong Jurutera (Teknikal), Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Selangor dan En. Mohd Feroz bin Zainal, penggiat Inovasi Hulu Selangor. Yang Dipertua, Tuan Mohd Hasry Nor Mohd dan Timbalan Yang Dipertua, TUAN Awaluddin Zakaria turut melawat booth peserta pertandingan.
Hadiah pemenang daripada tempat pertama hingga Kesepuluh akan menerima Wang Tunai serta sijil penyertaan manakala tempat kesebelas dan seterusnya akan menerima sijil penyertaan.
MPHS sentiasa menggalakkan warga kerja untuk bergiat aktif dalam penciptaan inovasi sebagai satu solusi dan penambahbaikkan dalam proses kerja seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.