HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI SELANGOR KE-15 BAGI DUN N.05 HULU BERNAM
Proses penamaan calon Pilihan Raya Umun Dewan Negeri Selangor ke-15 bagi DUN N.05 Hulu Bernam telah selesai diadakan pada 29 Julai 2023 jam 9.00pagi hingga 10.00pagi di Dewan Serbaguna dan Komplek Sukan Daerah Hulu Selangor.
Pengisytiharan calon yang layak bertanding bagi Bahagian Pilihan Raya tersebut telah dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN N.05 Hulu Bernam iaitu Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd.
Bahagian Pilihan Raya bagi DUN N.05 Hulu Bernam akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru. Tempoh berkempen adalah 14hari dan hari pengundian ialah pada 12 Ogos 2023 di 16 buah Pusat Mengundi yang telah diwartakan.