Sentuhan Kasih Selangor YB Nga Kor Ming Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

SENTUHAN KASIH SELANGOR YB NGA KOR MING MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah melakukan lawatan kerja ke beberapa kawasan di daerah Hulu Selangor bagi meninjau kawasan-kawasan projek dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 13 Julai 2023.

Lawatan kerja ini di bawah Program Sentuhan Kasih KPKT, YB Menteri telah berkesempatan di bawa meninjau ke beberapa lokasi untuk melihat keperluan kemudahan awam serta infrastruktur di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Kampung Stesen, Ulu Yam Lama, Kampung Asam Kumbang, Taman Kalumpang dan Kampung Air Panas, Hulu Selangor.

Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS telah memberikan taklimat ringkas berkenaan 3 projek pembangunan infrastruktur di bawah MPHS iaitu di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Asam Kumbang Kuala Kubu Bharu dan Kampung Sejantung, Kalumpang.

Dalam rangka lawatan ini, YB Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak 7.6 juta kepada MPHS bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Hulu Selangor. Sebelum ini, pihak KPKT telah memberikan peruntukan sebanyak 4.81 juta dan pada lawatan kali ini, YB Menteri bersetuju meluluskan lagi peruntukan sebanyak 2.79 juta bagi 14 buah projek yang melibatkan projek-projek BP.1 iaitu :

1. Kerja-kerja menaik taraf parit utama di Kawasan Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali ;

2. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang sedia ada di Taman Kalumpang;

3. Kerja-kerja menyelenggara kolam takungan Taman Seri Batang Kali;

4. Kerja-kerja menaik taraf parit utam di Kawasan Sungai Buaya, Serendah;

5. Kerja-kerja pembinaan baharu kiosk di Kawasan Perbandaran Hulu Selangor;’

6. Kerja-kerja menaik taraf pagar di sekeliling gelanggang bola keranjang tertutup di Kampung Asam Kumbang, Hulu Selangor;

7. Membaik pulih gelanggang badminton dan pemasangan pagar kawasan taman permainan Kampung Asam Kumbang;

8. Kerja-kerja menaik taraf pagar di sekeliling gelanggang bola keranjang dan lain-lain kerja berkaitan di Kampung Bukit Chandang;

9. Kerja-kerja menaik taraf longkang sedia ada di Kampung Baru Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu;

10. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang di Kampung Baru Damai, Serendah;

11. Cadangan kerja-kerja menaik taraf longkang di Gurney;

12. Kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang di Kampung Dato’ Harun, Serendah;

13. Kerja-kerja menaik taraf Dewan Balai Raya di Kampung Stesyen, Ulu Yam Lama;

14. Kerja-kerja menaik taraf longkang di Kampung Stesyen, Ulu Yam Lama.

Menurut YB Menteri, “Kerajaan Persekutuan yakin ‘sentuhan kasih KPKT’ yang telah diberikan adalah berdasarkan keperluan menerusi inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk Hulu Selangor. Ia merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan perlaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan”.

Turut hadir semasa lawatan kerja tersebut ialah YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Mohd. Razman Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT, Omran Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT, Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Mohamad Hanafe Basri, Pegawai Daerah Hulu Selangor, pengurusan Tertinggi KPKT, ahli-ahli majlis MPHS dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.

Dalam rangka lawatan tersebut, YB Menteri turut menghadiri Majlis Pecah Tanah Program Rumah Madani Rakyat di Kampung Air Panas, Selangor di bawah Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru yang menggunakan peruntukan KPKT sepenuhnya di mana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 15 Julai 2024, 09:59:48.
Jumlah Pelawat :
00794719

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015