TAKNAKBAZIR X MYSAVEFOOD
Hulu Selangor, 13 Mac 2025 – Hari pertama inisiatif TakNakBazir x MySaveFood telah menyelamatkan sebanyak 16.805KG makanan dan minuman daripada dibazirkan. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan sisa makanan, malah membantu mereka yang memerlukan.
Perincian jumlah makanan yang diselamatkan:
- Minuman: 8.6KG
- Kuih-muih: 8.205KG
- Jumlah Keseluruhan: 16.805KG
Namun, kami masih kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang membuang lebihan air ke dalam longkang. Tindakan ini bukan sahaja membazir, malah mencemarkan alam sekitar. Kami menyeru semua pihak untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan lebihan makanan dan minuman agar dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Teruskan menyokong usaha mengurangkan pembaziran makanan kerana langkah kecil mampu memberi impak besar!