Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Strata 'C-Smart'

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BANGUNAN STRATA 'C-SMART' MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2024

Cameron Highlands, 28 September 2024-Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS telah mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Strata 'C-Smart'.

Kursus ini dihadiri 53 oleh orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor, kakitangan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dan kakitangan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan lebih pemahaman dan penjelasan kepada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen Pengurusan berkaitan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan penyenggaraan dan pematuhan perundangan ( penguatkuasaan ).

Kursus pada kali ini memberikan lebih penekanan kepada Akta 318 bagi memberikan kefahaman berkaitan proses Pengeluaran Hakmilik Strata.

Kursus telah dilaksanakan dengan sesi ceramah dan taklimat daripada:

i. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

- Taklimat Kepimpinan dalam Pengurusan Strata oleh Encik Norhanizan bin Sahib, Ketua Bahagian Pembangunan Operasi LPHS

ii. Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

- Taklimat Akta Hakmilik Strata 1985- Bagi Pengeluaran Hakmilik Strata oleh Encik Aziz bin Hairon, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata, PTGS.

iii. Jabatan Ketua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan

- Pengenalan kepada Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) - Peruntukan Penting serta Isu dan Cabaran oleh Puan Herliyana binti Md Yusof, Penolong Pengarah, Bahagian Hakmilik Strata & Stratum, JKPTG Persekutuan.

Pihak Bahagian Pesuruhjaya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ( LPHS ) yang merangka program dan menyalurkan dana bagi penganjuran kursus tersebut.

Diharapkan agar penganjuran kursus ini yang bertepatan dengan matlamat Pembangunan Mampan SDG 4: Pendidikan Berkualiti akan dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan seterusnya akan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan di peringkat JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam kawasan pentadbiran Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861541

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015