Program Hari Cuci Malaysia 2024 peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor

PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA BERSEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2024

Bukit Sentosa, 28 September 2024 - Program Hari Cuci Malaysia 2024 peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah diadakan di kawasan Apartmen Seri Bakawali, Bukit Sentosa. Program ini melibatkan komuniti di kawasan Apartment Seri Bakawali.

Program dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin Bin Zakaria. Turut dihadiri wakil daripada Ahli Majlis, Encik Mohamad Faridul Amini bin Suhaimi Zon 18 serta wakil penduduk Apartment Seri Bakawali.

Dianggarkan seramai 150 orang terlibat dalam program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengumpulan barangan kitar semula, pengumpulan minyak masak terpakai serta pertandingan mewarna. Hasil daripada aktiviti ini sebanyak 498.28kg sisa dijana merangkumi 268kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas inisiatif ini dalam memastikan kebersihan terjamin di kawasan apartmen masing-masing.

#CuciMalaysia #WorldCleanupDay #DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861541

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015