Lawatan Kerja Rasmi ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Johor

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE ISKANDAR PUTERI, JOHOR

Iskandar Puteri, 15 Ogos 2024 –Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah membuat satu lawatan kerja rasmi ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Johor. Lawatan ini bertujuan sebagai penanda aras MPHS dalam inisiatif pelaksanaan Bandar Rendah Karbon, Bandar Selamat dan Bandar Pintar yang dilaksanakan oleh MBIP.

Delegasi lawatan diketuai oleh YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS. Turut bersama di dalam lawatan ini adalah YBrs. TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS bersama Penyelaras MURNINets MPHS dan SDGs MPHS.

Lawatan telah disambut oleh YBrs. En. Ahmad Zakwan bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, MBIP mewakili Datuk Bandar MBIP bersama pegawai-pegawai MBIP.

Dalam rangka lawatan ini, MBIP telah membentangkan inisiatif yang telah dilaksanakan iaitu berkaitan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon, Insiatif Bandar Selamat dan Inisiatif Bandar Pintar melalui perkongsian Tactical Strategic Centre (TSC). MBIP juga turut berkongsi inisiatif komuniti melalui lawatan tapak di 2 lokasi projek Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon iaitu Pusat Pengkomposan di Sireh Park dan Pusat Kitar Semula Sunway Grid, Iskandar Puteri.

Lawatan ini merupakan salah satu agenda bersempena Bengkel Koordinasi Data Pelaksanaan MURNInets 2.0 MPHS bagi Tahun 2024 yang diadakan pada 14 – 16 Ogos 2024 di Johor Bahru, Johor. MPHS mengucapkan terima kasih di atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015