Hulu Selangor, 11 Ogos 2024 – YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah mengadakan lawatan kerja ke ladang ternakan ayam penelur. Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Pengarah Jabatan Pelesenan, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Pengarah JPSPPA, wakil Jabatan Bangunan serta Ahli Majlis kawasan.
Delegasi dari pihak MPHS telah disambut mesra oleh pihak syarikat. Sesi lawatan kerja tersebut dimulakan dengan sesi penerangan oleh pihak syarikat mengenai pengoperasian dan beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh pihak kilang.
Sesi lawatan kerja diakhiri dengan melawat ke beberapa kawasan sekitar kilang bagi melihat keadaan sebenar pengoperasian di dalam kilang tersebut.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon