Sumbangan Kepada Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Negeri Selangor bagi Sukan Wushu dan Karate-Do

SUMBANGAN KEPADA KONTINJEN SUKAN MALAYSIA (SUKMA) NEGERI SELANGOR BAGI SUKAN WUSHU DAN KARATE-DO

Shah Alam, 11 Ogos 2024. Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyampaikan sumbangan kepada dua (2) PASUKAN ANGKAT MPHS yang akan bertanding di SUKMA Sarawak 2024 bermula 17 Ogos hingga 24 Ogos ini.

Seramai 11 atlet bagi acara WUSHU dan 19 atlet bagi acara KARATE-DO akan mewakili Negeri Selangor untuk kejohanan SUKMA edisi kali ini. Acara Wushu akan berlangsung sepenuhnya di Kuching manakala acara Karate-Do akan berlangsung di Miri.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS, YBRs, Pn. Julaihah binti Jamaludin bersama Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS, Pn. Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin di dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sukan Tempur Seksyen 6 Negeri Selangor, Shah Alam petang tadi.

Bagi menyuntik semangat para atlit untuk membawa pulang pingat emas buat negeri Selangor , Kedua- dua sukan telah menerima sumbangan berjumlah RM7,500.00 daripada pihak MPHS

Majlis yang berlangsung turut meyaksikan persembahan khas daripada kedua-dua sukan berkenaan.

#DaridapaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#MPHS

#MPHSGO

#KitaSelangorMajuBersama

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#majlissukanselangor

#msnselangor

#sukmasarawak2024

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015