MAJLIS MAKAN MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA PROGRAM PJ INTERNATIONAL YOUTH LEADERSHIP CAMP (PJIYLC) 2024
23 November 2024 - Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kebudayaan Sempena Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2024 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Hj. Zahri Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya. Hadir sama ke majlis tersebut Ybrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan sijil kepada semua peserta yang menyertai PJYILC 2024. Program melibatkan penglibatan dari Bandar Persahabatan Petaling Jaya bersama bandar lain iaitu Hulu Selangor (Selangor), Kuala Terengganu (Terengganu) Kuching Utara dan Kuching Selatan (Sarawak). Penglibatan penyertaan dari luar negara iaitu Asan (Korea Selatan), Siongbuk-Gu (Korea Selatan), Miyoshi (Jepun), Qingyuan (China) dan Bandung (Indonesia).
Majlis Makan Malam turut dipersembahkan dengan keindahan budaya, mempamerkan seni, tarian, dan muzik dalam meraikan kepelbagaian budaya dari pelbagai negara, sambil memupuk perpaduan dan memahami keindahan identiti budaya yang berbeza-beza. Tahniah para peserta Hulu Selangor yang mempamerkan persembahan seni mempertahankan diri iaitu Silat Seni Gayong Malaysia.
Terima kasih kepada Guru Pengiring Encik Suhaini Samsudin, PPD Hulu Selangor serta ibu bapa yang memberikan sokongan dan dorongan kepada para peserta. Terima kasih juga kepada SMK Kuala Kubu Bharu, SMK Ampang Pecah, SMK Bukit Sentosa dan SMK Sg. Choh diatas penyertaan para pelajar pada tahun ini.
Terima kasih dan Tahniah Majlis Bandaraya Petaling Jaya diatas kejayaan penganjuran program ini!