PROGRAM AGRO GREEN DAERAH HULU SELANGOR
Sekitar Program Selangor Agro Green Daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Pertanian Hulu Selangor & Pusat Latihan Pertanian Kalumpang pada 24 November 2024.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin turut hadir merasmikan program ini.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk
mempromosikan kesedaran dan pendidikan
dalam bidang pertanian, tetapi juga untuk
mempererat hubungan antara pelbagai pihak yang terlibat, termasuk petani, pengusaha,
dan pengguna. Ini adalah satu platform yang sangat baik untuk berkongsi pengetahuan,
pengalaman, dan amalan terbaik dalam
bidang pertanian
Puan YDP turut menyampaikan ucapan tahniah kepada TKPM Hulu Yam di atas kejayaan cemerlang yang di capai. TKPM Hulu Yam telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Hasil Pengeluaran Projek TKPM tertinggi bagi Tahun 2023 dan 2024 di peringkat Jabatan Pertanian Malaysia. Untuk rekod pengeluaran sayur di Daerah Hulu Selangor adalah tertinggi di Lembah Klang dengan hampir 60% jumlah pengeluaran iaitu 14,164 tan setakat Oktober 2024.
Puan Julaihah turut berpesan kepada para petani supaya sentiasa melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB) khususnya dalam 2 aktiviti tanaman utama di Daerah Hulu Selangor iaitu tanaman sayuran dan durian.
Pekebun sayuran yang menggunakan baja tinja ayam juga diminta memastikan penggunaan baja tinja yang telah dibuat pengkomposan dengan sempurna dan diurus dengan baik supaya tidak menyebabkan kacau ganggu bau busuk kepada persekitaran.
Petani durian yang ingin membuat pembersihan kebun khususnya kebun di kawasan berlereng, dinasihatkan agar merujuk kepada pihak MPHS terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat berhubung keperluan penyediaan kelulusan Kerja Tanah. Ini penting bagi memastikan aktiviti pertanian tidak mendatangkan risiko hakisan tanah dan ancaman banjir lumpur kepada pembangunan sekitar.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon