Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM DAN PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

Shah Alam. 5 Ogos 2024 - YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor tahun 2024.

YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh YB Tuan Lau Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk-Datuk Bandar, Pegawai-Pegawai Daerah,Yang Dipertua-Yang Dipertua, penjawat awam Negeri Selangor dan warga kerja MPHS.

Dalam majlis tersebut, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah menerima bendera Jalur Gemilang daripada YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor yang turut menyempurnakan gimik Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Pihak Majlis menyeru agar semua penduduk di daerah Hulu Selangor bersama-bersama menyemarakan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan tema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015