Majlis Serah Tugas dan Lambaian Akhir Mantan Yang Dipertua MPHS

MAJLIS SERAH TUGAS DAN LAMBAIAN AKHIR MANTAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

MPHS. 5 Ogos 2024 – Majlis Serah Tugas dan Lambaian Akhir Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dihadiri oleh Yang Dipertua, Puan Julaihah binti Jamaludin, YAD Dato’ Orang Besar Daerah, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa Ketua Whip, Ahli Ahli Majlis, Timbalan YDP, Pengarah Jabatan serta kakitangan MPHS bagi memberi penghargaan dan tanda ingatan kepada mantan YDP MPHS pada petang tadi.

Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, yang telah memulakan tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat berkuatkuasa 1 Ogos 2024 yang lalu telah menyerahkan nota serah tugas kepada Yang Dipertua MPHS Yang baharu iaitu Puan Julaihah binti Jamaludin.

Dalam ucapannya, Tuan Mohd Hasry berkata beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga MPHS yang bersama-sama dengan beliau dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang beliau menjadi YDP di MPHS selama dua (2) tahun 11 bulan.

Beliau juga turut berpesan agar semua warga kerja MPHS dapat memberi kerjasama yang baik kepada Puan Julaihah binti Jamaludin, YDP MPHS yang baharu agar MPHS akan terus maju pada masa hadapan dan memastikan perkhidmatan yang cekap dan efisyen kepada rakyat Hulu Selangor dapat dipertingkatkan.

Untuk rekod, Tuan Hasry merupakan YDP pertama setelah MDHS di naiktaraf kepada MPHS. Sepanjang tempoh pentadbiran beliau, MPHS telah mencapai pelbagai kejayaan dan menerima banyak pengiktirafan.

Semua warga MPHS mengucapkan Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd akan terus maju jaya untuk berkhidmat di tempat yang baharu dan tidak sesekali melupakan kami warga MPHS.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831342

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015