MPHS Laksana Inisiatif Ease Of Doing Business In Hulu Selangor

MPHS LAKSANA INISIATIF “EASE OF DOING BUSINESS IN HULU SELANGOR”

Genting Highlands, 19 Julai 2024 – Seramai 25 orang peserta terlibat dalam satu taklimat ‘Kick Off Inisiatif Ease Doing Business In Hulu Selangor" yang telah di adakan di Scapes Hotel, Genting Highland pada hari ini.

Peserta yang terlibat terdiri daripada Agensi Teknikal Jawatankuasa OSC Perancangan Pembangunan MPHS, MIDA Selangor, Invest Selangor, REHDA Selangor. Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil dari Malaysia Institute of Planner (MIP) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).

Tujuan sesi taklimat pada hari ini bertujuan memberi penerangan dan mendapatkan maklumbalas dari semua agensi dan pemain industry berkaitan semua inisiatif yang dibangunkan di dalam ‘Ease Of Doing Business In Hulu Selangor’.

TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS Bersama Encik Md Rizal bon Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPHS telah menyampaikan sesi taklimat berkenaan kepada semua peserta terlibat.

Turut hadir pada sesi ini, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS. Inisiatif ‘Ease Of Doing Business In Hulu Selangor’ ini adalah satu inisiatif yang dirangka bagi memudahkan pelabur untuk melabur dan membangunkan perniagaan di Hulu Selangor. Inisiatif ini merangkumi kemudahan untuk kelulusan pelan pembangunan dan mendapatkan lesen perniagaan, katanya.

#MPHSGo
#DaripadaAndaUntukAnda
#huluselangorbandarrendahkarbon
#sustainabledevelopmentgoals

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 26 Julai 2024, 09:33:22.
Jumlah Pelawat :
00803294

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015