Warga MPHS Hadir Memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

WARGA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2024 DI CYBER EVENT HALL, CYBERJAYA

CYBERJAYA, 21 Julai 2024 - Pelancaran tersebut bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia menuju sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS bersama dengan 40 orang pegawai dan kakitangan MPHS bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan itu sebagai menunjukan semangat patriotisme dan cintakan negara. Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang bertema 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka' harus dijadikan sebagai tahun mempamerkan kemegahan rakyat dan negara.

MPHS mengharapkan kerjasama semua penduduk di daerah Hulu Selangor untuk turut mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan ini bagi menunjukkan semangat cintakan negara dan menjiwai semangat kemerdekaan.

#MPHS2024
#MPHSGO
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#KitaSelangorMajuBersama
#HuluSelangorBandarRendahKarbon

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831333

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015