Ops Suci (Operasi Premis Makanan Bersih) telah dijalankan di sekitar Jalan Macau pada 27 Januari 2022 bagi memastikan semua premis yang menjual makanan di pastikan bersih demi keselamatan dan kesihatan pelanggan.
Pegawai dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, MPHS telah memeriksa 9 premis dan beberapa tindakan pembetulan telah dilaksanakan seperti arahan penutupan premis dan kompaun. Operasi tersebut turut melibatkan anggota dari Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Perlesenan dan Jabatan Bangunan, MPHS.